Carian Di Blog Ini

Khamis, 23 Disember 2010

Rahsia Jari Tangan - Maksud Jari

Rahsia Jari-Jari Tangan
ISI KANDUNGAN: Rahsia Jari Tangan - Rahsia Jari Rahsia Tangan - Maksud Jari - Jari Telunjuk - Rahsia Ibu Jari - Jari Manis - Jari Kelingking - Jari Hantu

Cuba tengok jari-jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat ke atas sambil laung. "Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu yang jangan kita abaikan.

Letakkan tangan di atas meja dan perhatikan. Bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, macam manusia dan semua benda pun akan bermula dari kecil, kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam secara keseluruhannya. Semua perkara yang kita buat, bermula dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri kesan yang besar pada masa depan.

Kemudian, tengok pula jari yang kedua, iaitu jari manis. Begitu jugalah dengan usia remaja. Semuanya manis, manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanyan iman dan takwa akan tunjukkan kita jalan kebenaran.

Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. Pada lingkungan usia 30 tahun, kita sudah memiliki status, ekonomi dan kerjaya yang stabil tetapi kita kena berhati-hati sebab masa inilah banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu hasad, dan bermacam-macam jenis hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi, dikhuatiri kita akan termasuk ke dalam perangkap nafsu dan perangkap syaitan. Jadi, kita kenalah lipatgandakan ibadat.

Jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap Satu dan Esanya Allah S.W.T ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk untuk melihat betapa gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh dant teladan pada jari-jari sebelum ini. Begitu jugalah dengan kita, kita perlu jadi contoh untuk generasi baru. Kita harus jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan memiliki pemikiran yang hebat.

Akhir sekali, renunglah ibu jari. Besar, gemuk dan pendek berbanding jari-jari lain tetapi ia menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tetapi bayangkan kalau tak ada ibu jari. Hendak gengam atau pegang sesuatu benda pun cukup susah. Hendak pegang sudu pun susah. Kepada generasi muda, jika hendak buat apa-apa, rujuklah dengan orang-orang tua atau orang-orang yang berpengalaman. Kalau kita dengar dan mempertimbangkan kata-kata atau petunjuk mereka, maka bolehlah kita kata "Bagus" atau "Ya" sambil mengangkat ibu jari. Itulah rahsia kejayaan kita.