“Terdapat beberapa tip atau ayat al-Quran yang boleh dikongsi ibu bapa bagi menggunakannya untuk melembutkan hati anak mereka yang degil sekali gus melindungi daripada maksiat.
“Misalnya, doa yang berbunyi “Ya Allah, ya Tuhanku, lembutkanlah hati mereka sebagaimana Nabi Daud melembutkan besi”.
“Doa ini boleh dibaca dan dihembuskan ke air atau makanan yang mereka makan. Bagi anak kecil, sewaktu Maghrib diusap ubun-ubun mereka sambil membacakan doa berkenaan,” katanya.
MENURUT Timbalan Ketua Pegawai Penasihat Agama, Pusat Pemikiran dan
Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara, Khairia Ismail, setiap remaja
biasanya mengalami zaman peralihan dalam pembesaran.
“Mereka akan melalui zaman dalam kekeliruan, menentukan gaya
hidupnya, menuju kepada kematangan, sedang mencari identiti dan perasaan
ingin tahu yang tinggi.
“Jika terbentang di hadapannya perkara yang baik, maka dia akan
membesar dan sentiasa terdorong ke jalan yang benar. Jika berlaku
sebaliknya, inilah yang dapat dilihat pada masalah yang timbul hari ini.
“Bagi mengurangkan masalah membabitkan anak khususnya, sepatutnya ia mula diperhatikan dengan siapa mereka berkawan di peringkat awal remaja iaitu sekolah rendah.
“Bagi mengurangkan masalah membabitkan anak khususnya, sepatutnya ia mula diperhatikan dengan siapa mereka berkawan di peringkat awal remaja iaitu sekolah rendah.
“Jika kawan terbabit boleh mendatangkan masalah, bertindak cepat merenggangkan mereka dengan cara menasihati.
“Selain itu, hubungan rapat antara adik-beradik juga sangat penting. Mereka ada kawan di rumah untuk berkongsi cerita dan minat manakala ibu bapa bertindak sebagai fasilitator yang sentiasa menceriakan suasana di rumah.
“Namun, lebih baik ibu bapa juga bertindak sebagai kawan kepada anak yang boleh dibawa berbincang dan meluahkan perasaan,” katanya.
Bercerita mengenai sesetengah ibu bapa yang masih mendidik anak mengikut perbezaan jantina (didikan tradisi yang mengutamakan jagaan anak perempuan berbanding lelaki), menurutnya, fitrahnya tempat perempuan adalah di rumah.
Mereka keluar apabila ada keperluan belajar, bekerja dan urusan penting. Bagi lelaki, mereka keluar untuk mencari rezeki dan menguruskan perkara penting lain.
“Memang sepatutnya anak perempuan lebih dititikberatkan untuk diajar adab kesopanan manakala anak lelaki diajar sifat keperwiraan, bertanggungjawab dan menjadi pemimpin.
“Namun, apa yang berlaku sekarang, lelaki dan perempuan keluar bukan dengan tujuan di atas tetapi kerana terpengaruh dengan budaya hidup Barat yang mengamalkan pergaulan bebas tanpa batasan serta hidup berfoya-foya.
“Apa yang penting ialah pendidikan lebih memfokuskan kepada peranan mereka sebagai remaja Muslim dan Muslimah sebenar.
“Memang benar lelaki yang memulakan dulu aksi ringan tetapi jika bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi.
“Memang wajar anak perempuan diberi penekanan dalam soal berkaitan aurat dan pergaulan bebas agar mereka lebih memahami mengenai kesenangan dan tipu daya dunia serta segala isi kandungannya.
“Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 14 bermaksud: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak; harta benda yang bertimbun dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga) “, katanya.
Jika ingin dilihat terdapat beberapa ayat al-Quran daripada surah Ali Imran ayat 185 bagi mengingatkan manusia mengenai perlakuan mereka di dunia bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Nisa’ ayat 77 bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan dunia ini adalah sedikit saja (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikitpun.”
Surah Al-An’am ayat 32 firman Allah bermaksud: “dan tidaklah (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa”.
Khairia menambah, dalam konteks masalah yang berlaku di kalangan anak-anak hari ini, ibu bapa juga memainkan peranan penting sebagai model kepada mereka.
“Jika kelakuan ibu bapa sendiri tidak mencerminkan akhlak Islam yang baik, bagaimana ia mahu dituruti oleh anak mereka?
“Anak-anak tidak mendapat gambaran sebenar mengenai akhlak Islam yang baik dalam keluarga. Walaupun kita dapati ramai ibu bapa yang mampu menghantar anak mereka mengikuti kelas fardu ain atau agama, tetapi mereka tidak mampu menterjemahkan suasana Islam dalam rumah tangga. Anak menjadi keliru dan tidak faham tujuan mereka belajar agama,” katanya.
Nasihatnya, ibu bapa terlebih dulu kena yakin dan percaya bahawa Islam adalah jalan terbaik menyelesaikan semua masalah.
“Kehidupan di dunia hanya sementara. Kita akan menuju ke alam yang kekal abadi iaitu alam akhirat. Segala yang dimiliki di dunia akan ditinggalkan dan menjadi sia-sia kecuali tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakan, ilmu yang bermanfaat disampaikan kepada orang lain dan harta yang disedekah untuk manfaat orang lain.
“Oleh itu ibu bapa yang beriman akan mendidik anaknya menjadi orang yang beriman juga. Jika ibu bapa tidak beriman, bagaimana mereka hendak mendidik anak mereka menjadi orang yang beriman.
“Terdapat beberapa tip atau ayat al-Quran yang boleh dikongsi ibu bapa bagi menggunakannya untuk melembutkan hati anak mereka yang degil sekali gus melindungi daripada maksiat.
“Misalnya, doa yang berbunyi “Ya Allah, ya Tuhanku, lembutkanlah hati mereka sebagaimana Nabi Daud melembutkan besi”.
“Doa ini boleh dibaca dan dihembuskan ke air atau makanan yang mereka makan. Bagi anak kecil, sewaktu Maghrib diusap ubun-ubun mereka sambil membacakan doa berkenaan,” katanya.
SUMBER: HMETRO.COM