RUPA-RUPA DAN WAJAH-WAJAH MANUSIA YANG DI HALAU DI MAHSYAR
ISI KANDUNGAN: Padang Mahsyar - Keadaan Di Suasana Di Peristiwa - Gambaran Padang Mahsyar - Rupa Manusia Di Padang Mahsyar - Muka Manusia Di Padang Mahsyar - Umat Akhir Zaman
SELEPAS manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, mereka akan menuju ke Padang Mahsyar. Al-Quran menjelaskan bahawa keadaan mereka ketika itu berbeza-beza. Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga berjalan menggunakan muka. Nikmat dan seksaan yang dihadapi adalah mengikut amal perbuatan ketika hidup di dunia.
Di Padang Mahsyar, tidak ada perlindungan yang diperoleh manusia kecuali perlindungan daripada Allah. Ketika itu, matahari terlalu hampir dengan kepala. Tidak hairanlah, banyak riwayat yang menceritakan keadaan ini. Ada manusia yang berpeluh kerana panasnya cahaya matahari.
Ketika sedang menunggu saat pengadilan (Mizan), wajah golongan tidak beriman agak cemas, bermuka muram dan hitam. Ini adalah antara beberapa peristiwa yang berlaku di akhirat kelak seperti mana yang banyak dinyatakan dalam al-Quran dan hadis.
Justeru, tidak siapa pun yang dapat melepaskan diri. Setiap orang tetap diadili dan segala-galanya bergantung kepada ketaatan dan kepatuhan kepada Allah ketika di dunia.
Golongan itu adalah seperti berikut:

Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi (dalam kelompok-kelompok).” – (Surah an-Naml, ayat 83).Abdul Wahhab as-Sya’rani dalam kitab Mukhtashar Tadzkiratul Qurthubi (ringkasan peringatan al-Qurtubi) menceritakan, pada suatu hari, Mu’adz Jabal bertanya kepada Rasulullah mengenai maksud firman Allah dalam surah An-Naba’ ayat 18, bermaksud: “Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.”
Mendengar saja soalan itu lalu Baginda menangis dengan bercucuran air mata sambil bersabda: “Wahai Mu’adz, sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu perkara yang amat besar! Ada 10 macam umatku nanti yang akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya sudah Allah tukarkan, tidak seperti mereka hidup di dunia.Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan sempit dan kami akan menghimpunkan pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah seorang yang melihat? Allah berfirman: “Demikianlah sudah datang kepadamu ayat Kami maka kamu melupakannya dan begitu pula pada hari ini kamupun dilupakan”. – (Surah Taha, ayat 124 hingga 126).
Golongan itu adalah seperti berikut:
- Ditukar rupa menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka mengumpat.
- Ditukar rupa menjadi wajah khinzir. Mereka adalah kalangan mereka yang suka memakan harta anak-anak yatim.
- Dihalau dalam keadaan terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah. Mereka itu adalah manusia yang suka memakan riba.
- Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka itu adalah kalangan yang bangga dengan amalannya sendiri.
- Dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri, sedangkan lidah itu terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya berlainan dengan perbuatannya.
- Ada manusia yang dihalau dalam keadaan terpotong kedua kaki dan tangan. Mereka itu terdiri daripada yang suka mengganggu jiran tetangga.
- Diiring ke Mahsyar dalam keadaan tersalib di pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah tidak jujur kepemimpinannya.
- Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka adalah manusia takbur, sombong dan bongkak.