Carian Di Blog Ini

Ahad, 22 Mei 2011

Hadis Sabar Itu Separuh Daripada Iman

Sabar merupakan salah satu akhlak Qurani yang paling utama dan ditekankan olah Al-Quran baik pada surah-surah Makkiyah mahupun Madaniyyah, serta merupakan akhlak yang terbanyak di dalam Al-Quran. Terdapat lebih kurang 90 sebutan SABAR di dalam Al-Quran.

Erti sabar sendiri dalam segi bahasa ialah menahan dan mencegah diri.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al- Baqarah ayat 45 & 46.

Yang bermaksud Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W

* Sabaik-baik perkara pada orang mukmin ialah sabar dan bersyukur.

* Ketika Rasulullah s.a.w. ditanya cici-ciri iman, baginda menjawab: " Ialah
sabar ", kerana di samping sabar merupakan amal yang termulia,
sebahangian besar amalan iman adalah sabar.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sabar adalah pada goncangan (timpaan) yang pertama

Berbagai Macam Bentuk Sabar Dalam Al-Quran

Apa yang tidak disukai olah nasfu manusia ada beranika macam, kerana itu ruang sabar sangan luas melampaui gambaran manusia bila mendengar kata SABAR

Ketahuilah bahawa sasaran sabar ada dua macam. Pertama sasaran fizikal (badaniah) seperti menahan penderitaan badan dan tetap bertahan, seperti kerja berat dalam beribadat atau perkerjaan lainnya atau tahan terhadap pukulan kuat, sakit yang kuat dan luka yang parah, Hal itu dapat menjadi amalan yang terpuji apabila sesuai dengan tuntutan syariat.

Tetapi yang lebih terpuji ialah menghadapi pukulan kedua, iaitu sabar mental (nafsu) menghadapi tuntutan adat kebiasaan dan dorongan nafsu syahwat.

Apabila serangan itu berupa syahwat dan seksual maka kesabaran itu bernama IFFAH atau kehormatan dan martabat diri.

Apabila dalam rangkaan menahan penderitaan, maka pengertiannya berbeza dan tergantung dari macam derita batin yang dihadapi oleh kesabaran.

Kalau berupa musibah maka cukup dengan kata sabar dan lawan katanya keluhan (jaza' ) (dan kecemasan atau kegelisahan yang melahirkan teriakan hiteris, memukul-mukul tubuh, menampar pipi, mengoyak-ngoyakkan baju dan lain-lain.

Sabar Merupakan Ciri Khas Miliki Manusia

Manusia merupakan makhluk berakal dan selalu dibebankan dengan ujian dan cubaan, maka sabar mejadi salah satu ciri khasnya. Al-Imam Al-Ghazali berkata: "Sabar merupakan ciri khas milik manusia dan tidak dipunyai oleh haiwan kerana kekurangan-kekurangannya dan tidak pula oleh malaikat kerana kesempurnaannya"

Lebih jauh dijelaskan: Haiwan dikuasai oleh nafsu syahwat dan diciptakan untuk melaksanakan tugas nafsu syahwatnya. Haiwan bereaksi dan bertindak dengan dorongan nafsunya dan tidak memiliki kekuatan untuk menidakan atau mengawal nafsu syahwatnya.

Sedangkan Malaikat sepenuhnya sempurnanya cenderung mengabdi kepada Ronnya dan dengan sukarela mendekatkan dirinya kepada Allah s.w.t. Malaikat tidak mempunyai nafsu syahwat sehingga tidak mengalami pergumulan dan konflik dalam mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Manusia sendiri pada awal hidupnya lemah, tidak memiliki kelengkapan (seperti Haiwan) dan hanya memiliki syahwat perut yang diperlukannya untuk meneruskan hidup. Kemudian meningkatkan kepada keperluan nyaman menghindari tidak nyaman, meningkat lagi kepada keperluan aman hingga akhirnya kepada keperluan syahwat seksual menghindari kepunahan.

Manusia pada usia awal tidak memiliki sifat sabar kerana sabar adalah konflik dan pertempuran antara kekuatan yang masing-masing mempunyai tuntutannya sendiri.

Sabar Merupakan Satu Keharusan

Al-Quran sangat memperhatikan sabar kerana bernilai tinggi, baik menurut perspektif agama mahupun akhlak.

Sabar bukanlah sekadar kebajikan tambahan atau pelengkap, tetapi suatu keharusan yang sangat diperlukan manusia dalam peningkatan aspek material dan spiritualnya dan untuk kebahagian peribadi serta masyarakat.

Keharusan Sabar Bagi Mukmin

Secara umum sabar ditujukan kepada segenap makhluk jenis manusia dan secara khusus sasaranya adalah orang-orang yang beriman.

Orang-orang beriman akan menhadapi tentangan, ganguan, ujian, cubaan yang menuntut pergorbanan jiwa dan harta benda yang berharga bagi mereka.

Telah menjadi sunnatullah, manusia selalu berhadapan dengan lawan yang selalu melakukan tipu daya, merencanakan kejahatan dan mencuri kesempatan untuk menimbulkan kerugian dan bencana.

Kaedah-kaedah (cara) Sabar

Sabar itu adalah wajib. Ia adalah separuh dari iman, kerana iman itu dua setengahnya sabar dan setengahnya shukur. Menurut para alim ulamak sabar itu mempunyai 16 kaedah (cara).

1. Allah perintahkan kita hendaklah sentiasa bersabar.
(Perintah Allah kita hendaklah bersabar)

Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah ayat 153.

Yang bermaksud : Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabarWahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Firman Allah s.w.t dalam surah A-Li 'Imraan ayat 200.

Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 126 & 127.

Yang bermaksud: Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar. Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.

2. Allah melarang kita menentang sabar.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Ahqaaf ayat 35.

Yang bermaksud: (Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka.

Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imran ayat 139.

Yang bermaksud: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

3. Allah Taala memuji kepada orang yang sabar.

Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imran ayat 16 & 17.

Yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"; (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

4. Allah Taala berserta dengan orang yang sabar
(memperkenankan).

Allah berfirman dalam surah A-Li 'Imran ayat 146.

Yang bermaksud: Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar).

5. Allah Taala berserta dengan orang yang sabar.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Anfaal ayat 46.

Yang bermaksud: Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

6. Kesabaran itu lebih baik dari orang yang sabar.

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 126.

Yang bermaksud: Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.

7. Allah Taala memberi sebaik-baik balasan kepada orang yang
sabar.

Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nahl ayat 96.

Yang bermaksud: (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.