Carian Di Blog Ini

Ahad, 21 Ogos 2011

TENTERA JANNISARI - janissaries definition

Tentera elit Empayar Usmaniyyah ini telah banyak membantu dalam peluasan kuasa dinasti Othmaniyyah. Janissari yang membawa maksud pasukan baru ini ditubuhkan pada 1365 oleh Sultan Murad I. Namun bergitu,terdapat teori lain yang mendakwa bahawa Janissari telah ditubuhkan lebih awal daripada itu yang mana didakwa ditubuhkan oleh bapa Sultan Murad I, Sultan Orhan I. Tentera Janissari adalah perintis kepada tentera moden pertama di dunia.

Apa yang perlu diketahui mengenai tentera elit ini adalah tentera elit Turki Usmaniyyah ini adalah tentera pertama yang dibayar gaji secara tetap mengikut ranking dalam tentera. Pada waktu itu, semua negara termasuk di Eropah hanya membayar gaji tentera mereka ketika perang sahaja. Ini bermaksud, Turki Usmaniyyah adalah perintis pertama dalam pengenalan tentera professional pertama di dunia.

Tentera Janissari terbahagi kepada TIGA divisyen iaitu;
Cemaat atau jemaat(Tentera barisan depan), dengan kekuatan 101 orta(batallion) Beyliks atau beuluks (Pengawal peribadi Sultan), dengan kekuatan 61 orta (batallion) Sekban atau seirnen, dengan kekuatan 34 orta( batallion) Pada zaman kegemilangan Turki Usmaniyyah atau lebih dikenali Pax Ottoman, Tentera elit Janissari sangat ditakuti oleh musuh kerajaan Turki Usmaniyyah. Ini adalah kerana tentera Janissari terkenal dengan semangat Ghazi(berani mati), taat setia pada Sultan dan empayar dan disiplin tentera yang tersusun. Malahan tentera ini memiliki skuad pancaragam tentera yang pertama di dunia. Pancaragam tentera merupakan sub-divisyen bagi Janissari yang mana ditugaskan untuk menaikkan semangat ketika di medan peperangan. Skuad pancaragam Janissari kemudian ditiru oleh pelbagai pasukan ketenteraan lain di Eropah termasuklah di Asia.

Ketika di medan perang, tentera Janissari mempunyai beberapa sub-divisyen yang khusus dalam bidangnya seperti sub-divisyen kejuruteraan bagi membina jalan atau jambatan, sub-divisyen bagi skuad perubatan yang dianggotai doktor Muslim dan Yahudi(dilengkapi dengan hospital mudah alih),sub-divisyen bagi skuad membina khemah-khemah tentera, sub-divisyen bagi skuad kulinari(terdiri daripada chef-chef tentera). Ketersusunan tentera Janissari menyebabkan ia berada di tahap yang tersendiri.

Lambang Janissari


Tentera Janissari adalah pelopor awal penggunaan senjata api dalam pasukannya. Penggunaan bermula sejak awal abad ke-15 lagi. Jauh lebih awal daripada Eropah. Pada awal abad ke-16, tentara Janissari mula menggunakan senapang lantak(muskeet), bom tangan dan meriam tangan(hand cannon).


Pengaruh tentera-tentera Janissari cukup kuat dalam Empayar Turki Usmaniyyah sehinggakan pembubaran tentera Janissari pada Jun 1826 akibat Insiden Auspicious menyebabkan dinasti Usmaniyyah sebagai kuasa besar di dunia runtuh. Sungguh menyedihkan apabila warisan kegagahan tentera Janissari hanya boleh dilihat di muzium-muzium dan gambar-gambar antik sahaja