Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa.

Marilah kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah mempertemukan kita di rumah-Nya yang mulia ini iaitu masjid, pada hari Jumaat yang mulia ini dan pada bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini, kita dapat berusaha untuk meraih rahmat, keampunan dan pembebasan daripada api neraka Allah SWT. Di samping itu kita merebut peluang untuk beramal ibadah seperti berpuasa, membaca Al-Quran, solat tarawih, berzikir, menghadiri Majlis Ilmu dan pelbagai lagi ibadah yang tersedia pada bulan Ramadhan.
Sidang Jumaat sekalian,
Antara amalan yang wajib dilakukan oleh umat Islam setiap kali tibanya bulan Ramadhan ialah menunaikan Zakat Fitrah. Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘Anhuma, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Rasulullah SAW menfardhukan Zakat Fitrah satu gantang kurma, atau satu gantang gandum ke atas hamba atau orang merdeka, lelaki atau wanita, kanak-kanak atau dewasa dari kalangan orang Islam. Dan Nabi memerintahkan agar ia ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk melakukan solat (Hari Raya)". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Kenapakah ia disebut zakat fitrah?
Imam An-Nawawi RA menyebutkan, fitrah bermaksud jiwa atau asal usul penciptaan manusia. Oleh itu, Zakat Fitrah diwajibkan oleh Allah SWT kepada orang Islam sebagai penebus jiwa daripada dosa dan kesalahan yang mereka lakukan.
Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani pula menyatakan, Zakat Fitrah bermaksud, zakat yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas orang-orang Islam kerana berbuka pada bulan Syawal, setelah selesai berjuang menghadapi ujian lapar dan dahaga berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Ia adalah sebagai satu tanda kemenangan melawan hawa nafsu.
Zakat Fitrah adalah satu ibadah wajib yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam sama ada lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa. Ia adalah perintah wajib dari Allah dan rasul-Nya yang mesti dipatuhi, dan sesiapa yang mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran.
Para Fuqaha' menyebutkan, Zakat Fitrah wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang sempat hidup pada hari terakhir Ramadhan sehingga malam 1 Syawal.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Sesungguhnya, Allah SWT menurunkan sesuatu syariat mempunyai hikmah dan kebaikan yang sangat besar kepada hamba-hamba-Nya.
Hikmah ini hanya dapat dirasai oleh manusia yang benar-benar ikhlas dan bermujahadah dalam mengerjakan perintah dan kefardhuan Allah SWT.
Zakat Fitrah mempunyai hikmah dan fadhilat yang amat besar kepada umat Islam. Ia adalah suatu rahmat yang diturunkan oleh Allah SWT sebagai tanda kasih dan sayang-Nya terhadap hamba-hamba yang beriman dengan agama yang diturunkan-Nya iaitu Islam.
Hikmah pensyariatan Zakat Fitrah disebut sendiri oleh Rasulullah SAW melalui hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA:
"Rasulullah SAW mewajibkan Zakat Fitrah sebagai penyuci bagi orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan kata-kata keji, serta sebagai pemberian makanan bagi orang-orang miskin". (Riwayat Abu Daud)
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Dr. Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya Fiqhuz-Zakah menjelaskan, berdasarkan sabda Rasulullah SAW ini, hikmah pensyariatan zakat itu terangkum dalam dua perkara:
Pertama : Zakat Fitrah membersihkan hati dan jiwa orang Islam daripada dosa dan perbuatan keji.
Sesungguhnya, setiap orang yang beriman menginginkan pahala dan kesempurnaan dari setiap ibadah yang dikerjakannya kepada Allah SWT seperti ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Akan tetapi, kesempurnaan yang diharapkan itu kadangkala diselubungi kecacatan, kekurangan dalam bentuk perkataan, perbuatan atau lintasan hati.
Namun, Allah SWT yang bersifat Maha Pemurah, yang mengetahui akan kelemahan dan kekurangan diri hamba-Nya, mengurniakan penebus dan pembersih kecacatan dan dosa-dosanya itu melalui ibadah Zakat Fitrah. Firman Allah SWT dalam surah Huud ayat 114:
"Sesungguhnya amal-amal kebaikan itu menghapuskan segala kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mahu beringat". (Huud: 114)
Semoga dengan Zakat Fitrah yang kita tunaikan dapat menampung kekurangan dan kelalaian kita dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Di dalam kitab Nihayatul Muhtaj diriwayatkan bahawa Imam Waki' bin Al-Jarrah berkata:
"Sesungguhnya Zakat Fitrah di bulan Ramadhan, seumpama Sujud Sahwi bagi ibadah solat. Ia menampung kekurangan puasa sebagaimana Sujud Sahwi menampung kekurangan solat".
Kedua : Zakat Fitrah juga akan menyuburkan perasaan kasih sayang dan tali persaudaraan sesama Muslim.

Sesungguhnya Hari Raya adalah hari untuk umat Islam bergembira. Gembira kerana menyambut kemenangan mendidik dan melawan hawa nafsu dengan berpuasa Ramadhan, agar nafsu mampu ditundukkan untuk mentaati perintah Allah SWT. Umat Islam juga gembira kerana berada pada hari mulia iaitu satu Syawwal yang merupakan hari perayaan bagi seluruh umat Islam.
Dengan menunaikan Zakat Fitrah, Allah sebenarnya ingin mengajar kita agar kegembiraan dan kemenangan 'Idul-Fitri ini dikongsi bersama oleh umat Islam di sekeliling kita. Justeru, Allah mewajibkan kita agar mengeluarkan sedikit harta yang dimiliki untuk dikongsi bersama golongan fakir dan miskin supaya mereka dapat meraikan 'Idul-Fitri yang mulia bersama-sama.
Bayangkan, betapa mulianya hati orang yang mengeluarkan Zakat Fitrah kerana sanggup mengeluarkan sebahagian daripada hartanya kepada orang fakir dan miskin semata-mata untuk mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah SWT. Dengan zakat itu juga, ia beroleh pahala yang berlipat kali ganda.
Bayangkan pula, betapa gembiranya orang-orang fakir dan miskin, kerana ia dapat membeli pakaian, makanan dan keperluan untuk menyambut 'Idul-Fitri dengan sumbangan Zakat Fitrah yang ditunaikan oleh saudara Islamnya yang lain.
Inilah sifat mulia yang diajar oleh Islam kepada umatnya. Mereka adalah umat yang saling bersatu-padu dan bekerjasama dalam apa jua keadaan, sama ada susah mahupun senang. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Perumpamaan orang-orang beriman dalam kecintaan, kelembutan dan kasih sayang di antara mereka ibarat satu tubuh. Jika salah satu anggota sakit, maka seluruh anggota turut merasakannya dengan tetap berjaga dan demam." (Riwayat Muslim)
Sidang Jumaat yang dihormati,
Janganlah kita menjadi umat Islam yang hanya membiarkan saudara Islam yang lain terbiar dalam penderitaan dan kesusahan tanpa kita mempedulikan keadaan mereka. Rasulullah SAW mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud:
"Tidak beriman dengan aku seseorang Muslim yang tidur dalam keadaan kenyang sedangkan dia tahu jirannya dalam kelaparan". (Riwayat : Al-Bazzar)
Janganlah kita menjadi umat yang bakhil dan kedekut dengan harta kita sehingga tidak mahu mengeluarkannya untuk diberikan zakat kepada orang lain yang sangat memerlukan".
Firman Allah SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 180:
"Jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan diseksa dengan dirantai menggunakan harta yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak".
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah sama-sama kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ganjaran dan keampunan daripada Allah SWT. Sesungguhnya amat rugi bagi mereka yang berada di dalam bulan Ramadhan, tetapi ia gagal untuk meraih keampunan daripada Allah SWT apabila berakhirnya Ramadhan.
Marilah kita berusaha membina keimanan dan ketakwaan kita di bulan yang mulia ini dengan melaksanakan segala perintah dan syariat Allah SWT. Di samping itu, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan diri kita daripada dosa dan kemurkaan Allah SWT.
Bersegeralah dan jangan melengahkan untuk menunaikan Zakat Fitrah yang diwajibkan oleh Allah SWT ke atas diri kita, ahli keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungan kita.
Sempena Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, pihak Lembaga Zakat Selangor membuka Kaunter Bayaran Zakat Fitrah di seluruh Kaunter Zakat di Negeri Selangor. Kaunter-kaunter Zakat juga dibuka di kompleks membeli-belah, pasaraya, dan sebagainya. 'Amil Fitrah bertauliah berada di setiap masjid dan surau di Negeri Selangor bagi memudahkan umat seluruh umat Islam untuk menunaikan Zakat Fitrah.
Zakat Fitrah boleh dibayar bermula pada 1 Ramadhan sehinggalah pagi 'Idul-Fitri. Kadar bayaran Zakat Fitrah pada tahun ini adalah sebanyak RM 7.00 atau bersamaan berat satu gantang beras iaitu 2.7 kg.
Hadirin yang dimuliakan,
Janganlah kita sengaja melewat-lewatkan pembayaran Zakat Fitrah pada saat-saat akhir waktunya. Walaupun Zakat Fitrah boleh ditunaikan sebelum orang ramai melakukan solat sunat 'Idul-Fitri, namun dibimbangi kita akan terlupa atau tidak sempat untuk menunaikannya kerana kesibukan 'amil membuat persiapan Solat 'Idul-Fitri pada pagi itu.
Sesungguhnya, orang yang terlewat menunaikan Zakat Fitrah sehingga orang ramai selesai mengerjakan Solat Sunat 'Idul-Fitri, ia hanya akan memperolehi pahala sedekah biasa dan tidak mendapat pahala menunaikan Zakat Fitrah.
"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai; setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui". (Al-Baqarah : 261)
KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Khutbah Jumaat Bacaan 5 Ogos 2011
sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)