Kesenian adalah sebahagian daripada Islam. Kesenian juga boleh digunakan sebagai alat untuk menyampaikan kemurnian mesej Islam dengan cara yang halus dan berkesan.
Seni Drama / Lakonan
Hukumnya Harus dengan bersyarat :
Seni Drama / Lakonan
Hukumnya Harus dengan bersyarat :
- Tidak boleh memunculkan watak tokoh-tokoh seperti Rasul, Nabi dan khalifah kerana boleh menghilangkan kekudusan mereka.
- Tiada fenomena lucah dan percampuran jantina, kegiatan zina dan pendedahan aurat.
- Drama mesti berkepentingan kepada agama, ilmu pengetahuan, pendidikan, moral, individu, keluarga atau masyarakat.
- Islam dijadikan asas akidah dan panduan akhlak.
- Skrip drama ditulis oleh penulis Islam yang bertujuan menyampaikan risalah Islam semata-mata.
Di Malaysia hanya negeri Kedah mengeluarkan fatwa tentang drama manakala jabatan mufti lain-lain negeri tidak mengeluarkan sebarang fatwa. Fatwa yang dikeluarkan di Kedah tentang drama berbunyi seperti berikut :
"Drama-drama yang bertujuan mendidik masyarakat dan membantu mengembangkan ajaran Islam dibenarkan dengan syarat beberapa kriteria seperti berikut" :
"Drama-drama yang bertujuan mendidik masyarakat dan membantu mengembangkan ajaran Islam dibenarkan dengan syarat beberapa kriteria seperti berikut" :
- Hanya apa yang perlu ditunjukkan.
- Ia dilaksanakan hanya dengan niat untuk mendidik.
- Apa yang ditunjukkan mestilah tidak bias terhadap Islam dan memelihara kemurniaan Islam.
Jabatan Mufti Negeri Perli menfatwakan berkenaan hukum menonton televisyen atau wayang. Perkara tersebut dibenarkan dengan mengambil kira nature dan tema filem-filem berkenaan iaitu untuk mendidik dan manfaatkan untuk masyarakat.
Beberapa Hukum Tentang Seni Lakonan
Beberapa Hukum Tentang Seni Lakonan
- Pelakon lelaki melakonkan watak perempuan adalah haram begitu juga sebaliknya.
- Melakonkan adegan minum arak walaupun menggunakan air masak atau air teh adalah haram.
- Berlakon sebagai orang kafir yang menyembah berhala atau pergi ke kuil adalah haram.
- Melakonkan adegan ranjang atau menunjukkan keintiman antara pasangan lelaki dan perempuan adalah haram walaupun pelakon berkenaan merupakan pasangan suami isteri.
- Filem atau drama yang menunjukkan cara-cara melakukan jenayah yang mencetuskan idea kepada menonton untuk melakukan kejahatan atau merangsang penonton untuk menjadi jahat adalah haram.
- Filem atau drama yang merangsang syahwat adalah haram dihasilkan dan ditonton.
- Filem atau drama yang boleh menjatuhkan maruah orang Islam atau mencacatkan agama Islam adalah haram. Filem yang menghina Islam ( secara halus atau terang-terangan ) wajib ditentang.
- Menghasilkan filem atau drama yang boleh menginsafkan, boleh mengajak orang lain berbuat kebaikan atau meransang orang lain untuk beribadah akan diberi ganjaran pahala yang amat besar dan berkekalan sebagai amal jariah.
Secara keseluruhannya filem atau drama dan seni lakonan yang ada di Malaysia bertentangan dengan Islam.