Carian Di Blog Ini

Ahad, 9 Oktober 2011

BAUCAR BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPT TIDAK BOLEH DITUKAR WANG TUNAI - BELANJAWAN 2012

BAUCAR BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPT TIDAK BOLEH DITUKAR WANG TUNAI - BELANJAWAN 2012 

Baucer buku bernilai RM200 untuk penuntut institusi pengajian tinggi yang dimum dalam Belanjawan 2012 tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata penuntut mesti menggunakan sepenuhnya pemberian itu untuk pembelian buku dan bahan rujukan. Beliau berkata langkah itu merupakan sikap prihatin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sesetengah buku agak mahal dan ia boleh membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. “Ia juga untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan pelajar dan menggalakkan mereka membeli buku luar daripada sukatan pelajaran mereka,” katanya ketika ditemui selepas Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini. Najib ketika membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat lepas mengumumkan pemberian baucer buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam.