Carian Di Blog Ini

Sabtu, 15 Oktober 2011

Tanda-Tanda Cinta Anda Sudah Berakhir

Tanda-Tanda Cinta Anda Sudah Berakhir
Foto-foto anda diletakkan merata tempat yang tersorok seperti di bawah meja dan di laci. Dia bukannya menyimpan gambar anda sebagai kenangan atau nostalgia sebaliknya tidak mahu melihat wajah anda lagi.

Petua Untuk Memenangi Hati Isteri
Jika pada suatu hari, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

Petua Bercinta
Sekiranya aku dikurniakan seorang puteri, aku akan berpesan kepada dia begini: "Apabila hendak bercinta, carilah lelaki yang tahu simpan rahsia!". Kerana, lelaki yang tahu menyimpan rahsia sangat penting kepada seorang gadis yang ingin belajar bercinta.

Jika anda ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, anda harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika anda ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, anda harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika anda terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur dengan hubungan yang mantap.

Dalam kebanyakan masa yang kita gunakan untuk BERCINTA, sebenarnya kita bermain dengan perasaan cinta. Kerana terlalu mengagungkan perasaan cinta menyebabkan kita kekadang dibutakan oleh cinta. Kerana terlalu dipengaruhi perasaan cinta menyebabkan kita tidak kenal nilai cinta. Tidak kenal nilai cinta bermakna tidak kenal erti cinta yang sebenar. Cinta sukar dipisahkan daripada kasih. Maka kita menjadi manusia kabur cinta, kelam kasih.

Kadang-kadang akan tiba masanya di mana anda harus berhenti mencintai seseorang itu. Bukan kerana orang itu telah berhenti mencintai anda, atau kerana dia tidak mempedulikan anda Tetapi setelah anda menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia, apabila anda melepaskannya.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika DIA mengambil sesuatu, telah DIA mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.