Kesilapan ibarat guru kepada kebenaran
Disediakan oleh Berita Harian
Demi mencapai cita-cita dan melayari kehidupan seharian, kita tidak terlepas daripada melakukan pelbagai bentuk kesilapan sama ada besar mahupun kecil, yang disengajakan ataupun tidak, kepada pencipta, manusia mahupun diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW: “Setiap anak Adam itu melakukan kesilapan, tetapi sebaik-baik anak Adam itu adalah mereka yang bertaubat (daripada kesilapan).”
Hadis ini memberi kefahaman bahawa kesilapan adalah kelemahan yang boleh berlaku pada manusia dan setiap kesilapan perlu dihindari dengan bertaubat. Konsep serta falsafah taubat yang bermaksud kembali kepada kebenaran berasaskan keimanan itu amat luas kefahaman dan aplikasinya.
Ia bukan saja meliputi taubat atas dosa kita kepada Allah SWT tetapi juga taubat atas dosa dan kesalahan dilakukan sesama manusia termasuklah dalam tindakan urusan seharian.
Konsep taubat mengandungi falsafah yang mengajar kita berpegang kepada prinsip kebenaran dan kebaikan dengan balik ke pangkal jalan melalui penyesalan serta usaha penambahbaikan walaupun selepas berulang kali melakukannya.
Falsafah taubat mengajar pentingnya memiliki pengetahuan mengenai kebenaran dan sikap mahu belajar daripada kesilapan lampau. Konsep ini jika dihayati akan menyebabkan prinsip kebenaran menjadi pegangan manakala kesalahan dielakkan dan diperbaiki dalam segenap aspek kehidupan.
Akhlak terpuji
Justeru, mereka yang bertaubat adalah yang berakhlak terpuji dan dekat dengan kasih sayang Allah SWT. Satu tanda Allah sayang kepada seseorang apabila disedarkan ia daripada kesilapan dirinya.
Kesalahan ibarat guru yang paling berkesan mengajar erti kebenaran. Sabda Rasulullah SAW: “Tidak selayaknya seorang mukmin itu dipatuk ular dari lubang sama dua kali.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Justeru, setiap hamba Allah yang beriman perlu memiliki sikap mengharapkan keampunan Allah SWT dan terbuka menerima kesalahan untuk diperbaiki.
Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiayai dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Nisa’, ayat 110)
Jika kefahaman ini diperluaskan dalam bekerja, ia akan dapat melahirkan pekerja dedikasi dan berintegriti. Dalam menunaikan kerja seharian, kita juga tidak dapat lari daripada pelbagai bentuk kesilapan termasuklah yang disebabkan oleh kecuaian sendiri.
Kesilapan, salah laku dan masalah disiplin seperti terjebak dengan suapan, rasuah, penipuan, kelewatan, enggan mematuhi arahan dan kecuaian dalam tugas sering dilaporkan. Semua itu boleh diubah menjadi suatu kejayaan jika pekerja menjiwai falsafah taubat.
Tujuh pelan tindakan
Tujuh pelan tindakan asas perlu dilaksanakan untuk merealisasikan falsafah taubat dalam organisasi. Pertama, mengenal pasti apa yang betul dan apa yang salah. Kedua, melaksanakan tugasan dengan ketelitian dan ketiga menguatkuatkuasakan sistem audit serta pemantauan secara berkesan.
Keempat, menilai pencapaian dan kegagalan dari semasa ke semasa. Kelima, mengenal pasti amalan terbaik dan punca amalan buruk atau tidak mencapai standard.
Keenam, menyenaraikan tindakan pengukuhan dan penghargaan berserta tindakan pencegahan dan pembetulan serta yang terakhir, melaksanakan tindakan secara efektif dan berterusan.
Sebaliknya jika kita melakukan kesalahan berulang tanpa bertaubat atau kembali ke pangkal jalan, kita sebenarnya menzalimi diri dan pencapaian organisasi juga terjejas.
Firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.” (Surah al-Zumar, ayat 53)
Tindakan ini sebenarnya menganiayai diri sendiri dan menyebabkan kita bekerja tanpa integriti dan dengan itu merugikan.
Abu Zar al-Ghifari diriwayatkan berkata, dunia itu hanya tiga saat. Semalam, saat yang sudah tiada apa-apa lagi. Esok, saat yang masih menjadi tanda tanya sama ada mampu dikecapi atau tidak. Hari ini, saat yang sedang kau jalani. Jadi manusia mempunyai satu saat saja. Maka pergunakanlah kesempatan saat ini dengan sebaik-baiknya.
Perbaiki kesilapan pada saat lampau dan berusaha melaksanakan dengan terbaik urusan pada saat ini serta merancang sebaik-baiknya untuk saat akan datang.
Justeru, marilah kita mengelakkan diri daripada kerugian akibat kesilapan sendiri dengan sentiasa memohon hidayah dan keampunan daripada Allah SWT dan menambahbaik proses kerja berasaskan tujuh pelan tindakan.
Penulis Prof Madya di Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM)