Gencatan senjata yang berlaku baru-baru ini seolah-olah memanjakan Israel. Israel yang dimanjakan oleh kuasa-kuasa besar yang enggan disebut namanya di sini, mula menganiayai Palestin dengan pelbagai cara. Kejahatan Israel terserlah.
Israel tahan dana cukai Palestin pula
Disediakan oleh Berita Harian
Langkah dibuat selepas PBB umum peningkatan status negara terbabit
Baitulmaqdis: Israel tidak akan memindahkan dana cukai dan tarif yang dikutipnya daripada penduduk Palestin bulan ini berikutan kejayaan negara itu meningkatkan kedudukannya kepada status negara pemerhati bukan anggota taraf di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Menteri Kewangan Yuval Steinitz, semalam.
“Kami katakan sejak awal bahawa peningkatan status Palestin di PBB tidak akan memberi sebarang kesan kepada Israel,” kata Steinitz pada permulaan mesyuarat kabinet mingguan.
“Saya tidak berhasrat untuk memindahkan cukai kepada Palestin bulan ini. Ia akan digunakan untuk membayar hutang Palestin kepada syarikat elektrik Israel,” katanya.
Akhbar Haaretz berkata sejumlah 460 juta shekels (RM365.8 juta) tidak akan diserahkan kepada Palestin.
Langkah berkenaan dibuat selepas Palestin memperoleh status negara pemerhati bukan anggota pada Perhimpunan Agung PBB minggu lalu, dengan mendapat 138 sokongan negara anggota, walaupun ditentang keras Israel dan Amerika Syarikat.
Israel sudah mengumumkan pembinaan penempatan baru selepas undian berkenaan dalam apa yang disifatkan sebagai tindak balas kepada keputusan itu.
Beri amaran
Menjelang undian, kerajaan Israel memberi amaran kepada Palestin dan masyarakat antarabangsa bahawa mereka akan memberi tindak balas keras terhadap peningkatan status Palestin mendakwa mereka mengabaikan rundingan dan mengenepikan rundingan damai.
Palestin berkata peningkatan status itu tidak sepatutnya menghalang usaha damai yang ditangguhkan sejak September 2010.
Proses rundingan damai terhenti sejak bermulanya isu pembinaan penempatan Yahudi di kawasan yang ditakluk Israel. Palestin mahukan pembekuan aktiviti penempatan sebelum rundingan diteruskan semula tetapi Israel mahukan rundingan tanpa syarat. - AFP