Carian Di Blog Ini

Selasa, 9 April 2013

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Khamis, 27 Disember 2012

Keajaiban bersedekah

Keajaiban bersedekah
SUMBER: BERITA HARIAN

Amalan jadikan mukmin tenang, raih ganjaran 700 kali ganda

Dewasa ini amalan bersedekah dan bantu-membantu sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk berbilang kaum serta budaya di negara ini. Sikap ini terus berkembang merentasi sempadan dunia hingga sampai ke negara memerlukan bantuan.

Hal ini kerana semua fahaman agama yang berbeza mempunyai prinsip amalan nilai murni yang sama. Agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, malah ajaran fahaman Confucius dan Taoist juga mengajar penganutnya agar sentiasa menjaga kebajikan masyarakat sekeliling dengan cara berkasih sayang dan saling membantu.

Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya" - Surah al-Anam (ayat 160)

Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti lebih peka terhadap kesulitan dan kesusahan dihadapi saudara seagama di seluruh dunia. Apatah lagi apabila diuar-uarkan kisah penderitaan ditanggung saudara seagama sejak lebih 60 tahun lalu, tidak lain tidak bukan, rakyat di bumi Palestin.

Kenapa sedekah dan bantu-membantu itu sering beriringan? Ini kerana ia adalah dua sikap yang lebih kurang sama. Kita membantu orang yang berada dalam kesusahan, ia juga dikira sedekah. Malahan, senyuman manis dan perkataan baik yang mendamaikan hati dan telinga orang yang mendengar pun adalah sedekah.

Hadis Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah berkata: “Rasulullah SAW bersabda setiap anggota badan manusia bersedekah setiap hari selama matahari masih terbit. Kamu mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, kamu menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, berkata yang baik itu adalah sedekah, setiap langkah berjalan untuk solat adalah sedekah, dan menyingkirkan suatu halangan dari jalan adalah sedekah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun, tidak pula dinafikan ada segelintir masyarakat kurang prihatin terhadap impak positif amalan sedekah terhadap dirinya dan juga masyarakat. Mereka berasa harta kurang apabila memberi selain berasa takut kehilangan barang kesayangan.

Mereka inilah yang kurang kefahaman dan keyakinan mengenai kelebihan bersedekah seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran dan Sunnah.

Bagi yang kurang faham, bukalah hati dan minda untuk memahami betapa besarnya ganjaran yang Allah sediakan. Terdapat sifir mudah termaktub di dalam al-Quran di dalam Surah al-Anam, ayat 160, yang bermaksud, “Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya.”

Dalam hal ini, Pengetua Pondok Pesantren Daarul Quran Bulak Santri, Indonesia, Yusuf Mansur mempunyai penjelasan mengenai keajaiban sedekah.

Katanya, berdasarkan dalil al-Quran di atas, setiap kali kita memberi satu, kita akan mendapat 10. Asalnya, sekiranya kita ada 10, kita berikan satu pada orang lain yang memerlukan, baki yang kita ada ialah sembilan (10 – 1 = 9).

Tetapi apabila kita amalkan formula sifir ini dalam konteks sedekah, nilaian satu yang kita berikan itu akan digandakan dengan 10. Oleh itu, baki yang kita miliki selepas memberi satu tadi bukan sembilan, tetapi 19.

Ini adalah jumlah yang kita miliki selepas memberi atau bersedekah (1 x 10 = 10). Natijahnya, baki yang kita ada apabila ditambah dengan gandaan 10 tadi ia menjadi 19 (9 + 10 = 19 ). Jika beri dua, maka hasilnya akan dapat 28, dan begitulah seterusnya.

Jika kita memberi, memang secara zahirnya apa yang kita miliki itu akan berkurang. Namun, ia bertambah di sisi Allah SWT, malahan ganjarannya boleh sampai sehingga 700 kali ganda.

Firman Allah SWT bermaksud: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji, dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Apabila memahami sifir sedekah di atas, maka yakinlah sedekah akan menjadikan kita kaya dengan sekelip mata. Masakan tidak kaya, apabila memberi satu, bukan berkurang, tetapi ditambah dengan gandaan 10. Malah boleh digandakan hingga 700 kali ganda.

Justeru, jadikan amalan sedekah bukan sebagai amalan kebetulan iaitu jika tidak ke masjid, tidak bersedekah. Jika bukan hari Jumaat, tiada yang mahu disumbangkan, tetapi jadikanlah ia sebagai amalan harian.

Kalau tiada yang meminta, kitalah yang mencarinya. Alangkah hebatnya seorang Muslim yang tidak akan tenang hatinya jika tidak dapat memberi dalam sehari.

Penulis adalah pelajar Kursus Bahasa Arab dan Komunikasi, dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Akui kesalahan, mohon maaf peribadi mulia

Akui kesalahan, mohon maaf peribadi mulia

Memohon maaf dan memaafkan kesalahan orang sering kali dianggap sebagai mudah mengalah, tidak kuat pendirian dan dianggap terlalu lembut.

Pada dasarnya, tidak salah merendah diri untuk memohon maaf atas kesalahan dilakukan. Sikap mudah rasa bersalah walaupun terhadap perkara remeh dibenarkan bagi bertujuan membersihkan hati.

Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagai masalah kemasyarakatan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah At-Taghabun, ayat 14)

Pemimpin telus, jujur

Jika menjadi pemimpin, sifat seperti ini menggambarkan ketelusan dan kejujuran yang ada kaitannya dengan natijah keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Mengakui kesalahan dan berazam untuk tidak mengulangi kesalahan adalah ciri-ciri orang beriman. Meminta maaf bukanlah suatu tindakan yang hina. Malah, mengakui kesalahan adalah tindakan yang berani.

Tidak ramai manusia termasuk pemimpin bersedia memohon maaf di atas kesilapannya. Ini hakikat yang perlu difahami kerana manusia bukanlah makhluk sempurna dan sentiasa terdedah dengan kesilapan.

Namun manusia harus bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan bagi menjana peribadi yang mulia.

Khalifah Abdul Malik Marwan pernah mengungkapkan mutiara kata iaitu “Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.”

Allah SWT sangat mencintai orang yang memaafkan kerana ia termasuk dalam perbuatan baik kepada manusia. Allah SWT menyukai orang yang berbuat baik seperti terakam dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali ‘Imran, ayat ke-134).

Rasulullah SAW sendiri adalah insan yang mudah memaafkan orang lain. Baginda Rasulullah SAW pernah berdepan dengan perlakuan seorang wanita Yahudi memberi hadiah kepada Nabi berupa daging kambing yang didalamnya mengandungi racun.

Sesungguhnya Nabi sendiri tidak mengetahui akan perkara itu dan memakannya. Selepas mengetahui diri Baginda diracun, Nabi berbekam untuk mengeluarkan racun berkenaan.

Dengan izin Allah, Baginda terselamat lalu dipanggil wanita itu dan ditanya maksud dan tujuannya berbuat begitu kepada Nabi. Ternyata dari jawapannya dia ingin membunuh Nabi. Namun Rasulullah SAW memaafkan wanita itu dan tidak sesekali menghukumnya.

Rasulullah ada bersabda: “Sayangilah makhluk, nescaya kamu akan disayangi Allah dan berilah ampunan nescaya Allah mengampunimu.” (Sahih Al-Adab Al-Mufrad)

Islam menuntut umatnya memaafkan orang yang memohon maaf dengan tanpa perasaan prejudis atau pandangan serong.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah At-Taghabun, ayat 14)

Daripada Abu Hurairah ra menyebut bahawa ada seorang lelaki memberitahu Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai kerabat. Aku berusaha menyambungnya, namun mereka memutuskan hubungan dengan aku. Aku berbuat kebaikan kepada mereka, namun mereka berbuat tidak baik. Aku bersabar dengan mereka namun mereka berbuat kebodohan terhadapku.”

Maka Rasulullah SAW bersabda: “Jika benar yang kamu ucapkan maka seolah-olah kamu menebarkan abu panas kepada mereka. Dan kamu sentiasa mendapat pertolongan dari Allah atas (perbuatan) mereka selama kamu di atas hal itu.” (Riwayat Muslim)

Jiwa ikhlas

Orang yang memiliki jiwa yang ikhlas selalunya menghiasi diri dengan kemuliaan dan dalam hatinya sentiasa berusaha untuk menyingkirkan sifat tidak baik.

Nabi Allah Yusuf as adalah antara contoh manusia memiliki jiwa dan keperibadian yang luhur walaupun beliau disakiti saudaranya sendiri dengan dilemparkan ke dalam perigi dan dijual kepada kafilah dagang sehingga berpindah dari satu tempat ke tempat lainnya.

Sebagai balasan diatas kemuliaan hatinya, Allah mengangkat kedudukan Nabi Yusuf sehingga menjadi orang besar yang bertanggungjawab menjaga perbendaharaan Mesir ketika itu.

Justeru, manusia seharusnya mempunyai perasaan rendah hati untuk mengakui kesilapannya. Mereka juga seharusnya bijak mengambil manfaat daripada kegagalannya dan bertindak berani membetulkan kesilapannya.

Sabtu, 22 Disember 2012

Perasaan ATAU Sikap Yang Sebenarnya Musuh Manusia

Di dunia ini ada beberapa jenis perasaan, emosi dan sikap yang sebenarnya boleh memburuk-burukkan kehidupan manusia. Berikut adalah beberapa perasaan yang telah terbukti banyak memusnahkan manusia, meletakkan manusia dalam keadaan berbahaya dan kerugian.

1. Rasa Marah

Rasa gejolak yang datang dari diri sendiri terhadap lingkungan.

cuba bersabar dan kendalikan, kadang tidak semua yang kita inginkan bisa terwujud. Cara mengendalikan : Tarik nafas dalam-dalam lewat hidung lalu hembuskan perlahan melalui mulut, lakukan secara teratur sampai timbul rasa lega. kalau belum kunjung reda, cuba lampiaskan kemarahan melalui tulisan di atas kertas.

2. Takut

Perasaan yang timbul apabila kita merasa tidak mampu menghadapi sesuatu peristiwa yang terjadi.

Cadangan yang seakan-akan membisikkan kita bahwa sesuatu yang buruk akan terjadi, padahal kenyataannya belum tentu seperti itu. Cara mengendalikan : Berfikir positif dan bayangkan bahwa semua akan berjalan dengan baik dan menghasilkan sesuatu yang memuaskan.

3. Kikir/Pelit

Rasa susah memberikan sesuatu pada orang lain.

Rezeki sudah ada yang mengatur, jadi kita tidak mungkin rugi memberikan sebahagian milik kita, bahkan dengan memberikan sesuatu kepada orang lain, mungkin ada balasan yang lebih berharga dari sesuatu yang kita berikan kepada orang lain. Cara mengendalikan : Lihat dari sisi hati nurani kita, tapi jangan mudah tertipu oleh penampilan orang lain.

4. Ragu

Bimbang atau bingung atau tidak ada suatu tekad yang bulat untuk melakukan sesuatu.

Hidup adalah pilihan, tetapi dalam memilih harus difikirkan terlebih dahulu. Salah dalam memilih dapat mengakibatkan suatu penyesalan. Cara mengendalikan : Pilih baik atau buruknya dengan fikir panjang.

5. Takbur

Rasa yang menganggap keberjayaan suatu bidang hanya kerana usaha sendiri.

Manusia adalah mahluk sosial yang saling membutuhkan satu sama lain. Dan tidak akan mungkin bisa hidup sendiri tanpa bantuan. Cara mengendalikan : Bersyukur dengan hasil yang sudah dicapai bukan kerana diri sendiri tapi dengan bantuan orang lain juga.

6. Buruk Sangka

Memandang seseorang dari sisi negatifnya saja walaupun hal itu belum tentu benar.

Berfikir negatif bisa menyebabkan kebencian walaupun kenyataannya tidak seperti hal yang difikirkan. Yang parahnya, terkadang persangkaan kita tiada berdasar dan tidak beralasan. Memang semata-mata sifat kita suka curiga dan penuh sangka kepada orang lain, lalu kita membiarkan fikiran tersebut bersemayam di dalam hati. Bahkan kita membicarakan serta menyampaikannya kepada orang lain dan dapat menyebabkan fitnah. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing yang berbeza-beza. Cara mengendalikan : Jangan berfikir kita orang yang sempurna dan banyak mengingat kebaikan seseorang.

7. Malas

Tidak suka bekerja atau tidak ada keinginan melakukan sesuatu hal.

Waktu itu percuma, tapi sangat berharga. Kamu tidak akan dapat memiliki, tapi dapat memanfaatkannya. Kamu tidak dapat menyimpan, tapi dapat menghabiskannya. Sekali kehilangan, kamu tidak akan bisa mendapatkannya kembali. Cara mengendalikan : Lakukan sesuatu yang berguna. Buat rencana dan tujuan hidup agar kita memiliki motivasi dan semangat dalam melakukan suatu hal.

8. Iri/Cemburu

Orang yang kurang senang melihat orang lain beruntung.

Rezeki setiap orang berbeza-beza, mungkin di bidang yang satu, orang lain lebih beruntung, cuba di bidang lain mungkin kita bisa lebih unggul. Cara mengendalikan : Jika orang lain berjaya dalam suatu bidang, jadikan motivasi buat kita untuk berusaha lebih baik mungkin di bidang lain kita bisa lebih berjaya.

9. Sombong

Merasa superior, tinggi hati, angkuh, congkak, paling hebat dan ingin dipuji oleh orang lain.

Di atas awan masih ada langit. Orang yang seperti ini kadang dijauhi dan dibenci orang lain. Cara mengendalikan : jangan merasa kita lebih baik dari orang lain, bersikaplah rendah hati dan santun.

10. Ceroboh/Pelupa

Kurang hati-hati dan kurang teliti dalam melakukan sesuatu dan selalu ada suatu kekeliruan atau kesalahan.

Merepotkan dan merugikan diri sendiri dan orang lain. Cara mengendalikan : Teliti dan selalu periksa atau memastikan dalam bertindak apakah sudah benar atau belum. Konsentrasi. Bawa catatan.

11. Putus Asa

Mudah menyerah dan apabila mengalami kegagalan seolah-olah sudah tidak ada harapan lagi baik untuk masa depannya.

Kegagalan adalah keberjayaan yang tertunda. Orang yang berjaya pasti mengalami gagal. Cara mengendalikan : Berusaha dengan baik walaupun gagal, jangan menyerah dan tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Selasa, 18 Disember 2012

KIAMAT 21 DISEMBER 2012 - KAPAL ANGKASA, KUBU - KARUT SEMUANYA!

KIAMAT MELANDA BUMI HARI JUMAAT - 21 DISEMBER 2012? Begitulah ramai yang terpengaruh dengan kepercayaan entah dari mana datangnya ini. Jika benarlah kiamat akan melanda kita semua pada hari tersebut, buat apa nak dibimbangkan kalau kita semua orang Islam yang telah berusaha dengan ikhlas untuk taat kepada Allah. Kiamat cuma kecelakaan kepada orang-orang yang tidak beriman kepada Allah. Jika tak mahu masuk neraka, taatlah kepada Allah. Senang kan? Jangan fikir banyak, taat sahajalah kepada Allah.

Usah terpengaruh kiamat Jumaat ini
2012-12-18 Disediakan oleh Berita Harian


Umat Islam tak boleh percaya ramalan, perlu ganda amalan

Kuala Lumpur: Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada Jumaat, namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah.

Katanya, hanya Allah SWT saja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-Nya.

Namun, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat ataupun hari pembalasan, tetapi tidak perlu meramalkan bila ia akan berlaku.

Tanda kiamat sudah dinyatakan buat persiapan

“Tanda-tanda kiamat yang besar dan kecil sudah dinyatakan sebagai persiapan untuk manusia menghadapinya. Kiamat ada dua iaitu kiamat kecil dan kiamat besar, kiamat kecil yakni kematian. Setiap manusia akan menghadapinya.

“Mengapa kita sibuk meramal tarikh kiamat, sepatutnya kita perlu sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kiamat kerana ia bakal terjadi.

“Ia adalah perkara ghaib yang mana hanya Allah SWT saja mengetahuinya. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas polemik mengenai hari kiamat, yang mengikut Kalendar Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21 Disember ini.

Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat di negara ini termasuk umat Islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi hari terakhir itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan.

Mohamad Shukri berkata, jika umat Islam mempercayai ramalan kiamat, bermakna mereka mencampuri urusan Allah SWT.

“Usahlah kita meramalkan bila kiamat akan berlaku sebaliknya menggandakan lagi amal ibadat bagi menghadapi kiamat,” katanya.

Isnin, 10 Disember 2012

How to Overcome Depression and Changing Your Life

How to Overcome Depression and Enhancing Your Life
Depression can have a negative impact on your life. Depression is a feeling experienced by everyone at one time in their lives. This article describes how to cope with depression and change your life by getting rid of the negative effects that arise from depression.
Negative feelings such as sadness, anxiety, and frustration are common feelings felt by many people. It is a natural thing if you feel disappointed after a failure, sadness, separation or loss.
Once again, these feelings are normal, and in some instances, these feelings can actually be used to our advantage because feelings showed weakness. Experience comes from negative conditions in our lives gives us the courage and willingness to change our lives and the strength to deal with depression and other negative situations in the future.
When this kind of negative feelings continuously emerge, survive more than two weeks, and begin to interfere with our daily activities, work, diet, sleep and relationships; then most likely we are depressed and we must find ways to cope. The main characteristics of depression are negative feelings and grief is very deep and occurs in a long time.What are the symptoms of Depression President Appears In Our Lives?
- Prolonged Grief- Stamina low and often feel tired- Increased or decreased appetite- Increased or decreased desire for sleep- Stress, quick to anger and frustration- No sexual desire- Do not have a hope for the futureWhat Cause Depression?
Less Positive Thinking
When someone is depressed, they feel that something bad is going to happen, and it will happen again and again. In such event, the person sees more bad things about something; consciously or unconsciously. They always focus their attention on the problem and ignore the successes and the successes they achieved.For someone who is so negative and have a tendency toward depression, everything that happens is a reflection of problems and setbacks. Changes in a person or a change in the environment, which is a reasonable change, the mind of someone who is depressed is evidence that something bad happened because of them.
Lack of Confidence
People who are depressed do not have the self-confidence and they always assume everything happened as their failures. Even the slightest mistake they see as a big problem and they are those things deplete their attention far more than people in general.
More attention to errors
In life, we've made a mistake, some people make more mistakes. People who suffer from depression are more focused on the number of mistakes they make. As a result, they create a negative impression about the error.
Feeling Depressed because of various obligations In Life
In this situation, people always think what they should do and not supposed to do. As a result, at the end of the day they were weighed down by a number of commitments. People with this kind of thinking to concentrate their minds on the bitterness and frustration and also affect the behavior of those around them.
Feeling Weak
The problem for people who are depressed is they feel there is no single thing that can satisfy them. Even when they realize they can improve their mood, they do not. The advice they received from their friends and families considered unnecessary and useless. One thing they feel is their inability to look forward to, or inspired by something and take notice.
They realize what they themselves under normal circumstances, but they do not like it. They realize what they should do but they are not able to do so. They are aware of what other people want from them, but they were unable to give it. They did not expect at some time things will improve. They lose hope and expectation slowly disappear from them. At this point, the depression did not let them feel the happiness and optimism.How Can We Overcome Depression?
We can overcome depression with the help of a specialist. Advice is given a specialist can be very helpful. Treatment given aiming to improve the biological mechanism in the mindset that allows a person to feel depressed. To treat depression effectively, you have to change your outlook and mindset. By changing the mindset of those who suffer from depression, you can create long-term protection against depression.How to Overcome Depression with Self-Reliance?
In addition to help from a specialist, you can overcome depression by relying on yourself; among other things:
Accepting Yourself and Your Weakness
If you are not able to cope with depression alone and if your business is not successful, the best thing you can do is to accept the lack of it. Rather than trying to change your life by force, you have to accept yourself as you are, with what you feel and concentrate on the things you are capable of doing.
Depression will go away, but we can not predict when depression will occur. Progress therapist depends on many factors. You do not need to try to change the things you can not change it. Every time you have to do your best to help yourself, but at the same time you also have to accept your weaknesses.
Accept the fact that you are depressed and live harmoniously until you got over it. No one likes to feel depressed, but you must understand that it is useless to continue to cope with depression at this point because you do not have the strength, determination, and desire to move forward. Try to accept what is happening within you and around you and wait until your power back and you feel able to cope with depression.
Recognize Thoughts And Feelings Your Negative
So that you are able to change and control the negative thoughts that keep you trapped in a cycle of depression, it is important for you to recognize these reasons, which are the main cause you to feel depressed.The technique can be used is to record your negative thoughts every day for some time. Then you can spend about 20 minutes every day to identify, classify, and examine the negative thoughts. Note your thoughts and examination of the causes of depression that will make you able to recognize the reasons why you are pushed into a bad mental state and ended up with depression. By identifying negative thought patterns, you can prevent and fix even stop the cycle of depression.
How to Deal With Depression Treatment
Even if you have a good reason to avoid the excessive use of drugs, you can overcome depression by using drugs; particularly antidepressants.
Antidepressants affect the brain and nerve cells. More specifically, the drugs work by altering the chemical reaction (neurotransmitters), which nerve cells use to communicate with each other.
Anti-depressants are drugs safe to use. Such drugs are not addictive; does not have harmful side effects and can help you overcome depression. The purpose of using the anti-depressant is not to solve your problem quickly, but to give yourself the opportunity to feel better.CAUTION: The use of any antidepressant should be done after consultation and prescribing physicians.
How to Overcome Depression Using Psychotherapy - The Best Way to Overcome Depression
Depression is an indication that you have a problem within yourself that you have to find a solution. Depression is not just a disease, but rather a signal from the brain that you have to solve.Overcoming depression you should do as a way to develop and reward yourself for a life-changing, brain, and your mindset.
Experts Psychotherapy can help you understand the psychological reasons that cause depression and offer your support to go through this difficult process.
Psychotherapy Can Help You Overcome Depression Through:
- Investigate trigger depression in your mind and your attitude in more depth- Helps you identify problems that lead to depression which can you solve problems and which one should you live together with your life- Improve your relationships- Helps you find the happiness of life lost due to depression- To help you express your feelings better- Help you boost your confidence and your self esteem- Helping you change your life for the better- Helping you to define your life goals that will improve the quality of your life
The healthier and stronger you are, the more easily you overcome depression with the help of psychotherapy. However, it is important for you to develop your personal technique to monitor and control yourself to change the outlook and mindset to overcome depression.