Carian Di Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan Budak-budak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan Budak-budak. Papar semua catatan

Rabu, 28 November 2012

Pernikahan usia muda elak zina

Pernikahan usia muda elak zina
Disediakan oleh Berita Harian


Pernikahan antara Mohd Fahmi Mohamed Alias, 19, dan pasangannya Nur Fazira Saad yang baru berusia 12 tahun baru-baru ini menjadi berita sensasi di beberapa dada akhbar. Pernikahan itu menjadi sensasi kerana pengantin perempuan di bawah umur dan sudah tentu ia perlu mendapat kelulusan daripada Pegawai Agama Daerah seperti ditetapkan Undang-undang Keluarga Islam setiap negeri.

Di Kedah, pernikahan di bawah umur tertakluk mengikut Enakmen 7 Tahun 2008, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman), Bahagian 11-Perkahwinan, Seksyen 8.

Umur minimum untuk pernikahan ditakrifkan sebagai, ‘tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika Hakim Syarie memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan, jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya, kerana Allah amat luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui.” (Surah an Nur, ayat 32)

Apa yang pasti pernikahan itu mendapat restu kedua-dua ibu bapa pasangan berkenaan dan kelulusan Pegawai Agama Daerah. Justeru, tiada halangan untuk pasangan itu meneruskan cita-cita murni mereka dan yang memenuhi sunnah Rasulullah SAW.

Pernikahan itu memenuhi fitrah sekalipun mungkin dianggap perkahwinan pada usia yang sangat muda pada ukuran zaman milenium ini yang mengutamakan karier berbanding berumah tangga.

Bagaimanapun setiap pasangan perlu melakukan pelbagai persiapan sebelum bergelar suami dan isteri. Mereka perlu ilmu dan pendapatan yang cukup untuk mengelak masalah yang berbangkit ketika menjalani kehidupan berkeluarga.

Renung dan fikirkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan, jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya, kerana Allah amat luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui.” (Surah an Nur, ayat 32)

Fenomena pernikahan usia muda banyak berlaku pada zaman dulu, iaitu zaman nenek dan moyang kita. Justeru apabila ada pernikahan sebegini pada zaman moden ini, kita berasa pelik, tetapi mungkin pada sesetengah orang tidak berasa pelik jika berlaku perzinaan usia muda, pada hal jumlah kes jenayah persetubuhan membabitkan individu bawah umur dengan kerelaan menjangkau 6,000 kes, seperti dilaporkan Berita Harian pada 25 November lalu. Fakta ini sangat menggerunkan kerana kita berada di sebuah negara yang majoritinya berbangsa Melayu dan pasti beragama Islam.

Pasangan Mohd Fahmi dan Nur menunjukkan contoh kepada ibu bapa yang lain dan juga khususnya kepada pasangan di luar sana yang belum berkahwin dan sedang dilamun cinta supaya mengikut jejak pasangan ini. Jika sudah tamat persekolahan atau sudah bekerja pada usia muda dan berpacaran, adalah amat baik terus diijabkabulkan.

Pernikahan pastinya membebaskan pasangan daripada perangkap zina yang boleh mengundang dosa dan bahaya yang lebih besar seperti membunuh anak luar nikah.

Namun, isu yang melingkari perkahwinan pada usia ialah tanggapan mudah berlaku perceraian, tidak pandai mengurus rumah tangga, kerap bergaduh, masalah kewangan dan pelbagai masalah lain yang sepatutnya tidak diperbesarkan. Mempertikai pernikahan pasangan muda dengan pelbagai persepsi negatif sama seperti menolak qada dan qadar yang ditetapkan Allah, sekali gus boleh merosakkan iman.

Perlu diingat bahawa pernikahan pada usia matang pun berlaku pelbagai masalah, ada yang bercerai-berai selepas beberapa hari berkahwin dan pelbagai masalah lain. Apa yang penting, pernikahan pada usia muda akan menghindarkan seseorang daripada melakukan maksiat dan zina.

Bagi mereka pesimis atau menolak konsep berkahwin pada usia muda, sedarlah dan kembali memperbaiki iman kerana Allah menentukan rezeki manusia. Kita tidak perlu risau, sebaliknya berserah kepada Allah kerana Ia maha berkuasa.

Manusia yang beriman perlu berusaha untuk melakukan kebaikan dan mengharapkan keredaan Allah. Firman Allah SWT bermaksud: “Dialah Allah yang menciptakan kamu semua daripada (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu dengan yang lain.” (Surah al A’raf : 189).

Penulis adalah Ketua Panitia Pendidikan Islam dan guru di Kulim, Kedah.

Isnin, 26 November 2012

Keluarga restu remaja nikah gadis 13 tahun

Keluarga restu remaja nikah gadis 13 tahun

Kulim: “Daripada buat maksiat, lebih baik kami kahwin,” demikian kata Mohd Fahmi Alias, 17, yang berhasrat berkahwin dengan seorang budak perempuan yang baru mencecah usia 13 tahun.

Walaupun menyedari hasratnya itu mungkin dibantah termasuk menimbulkan andaian kurang menyenangkan, namun bagi Mohd Fahmi pernikahannya dengan Nor Fazira Saad dianggap sebagai langkah terbaik bagi mereka berdua.

“Saya sudah sedia memikul tanggungjawab untuk bergelar suami. Saya percaya kami boleh berdikari dan saya akan tumpukan kepada perniagaan keluarga untuk menyara hidup kami berdua.

“Saya tidak kisah apa pandangan masyarakat terhadap kami berdua kerana yang penting keluarga di kedua-dua belah pihak sudah bersetuju,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan melangsungkan majlis perkahwinan di kediamannya pada 24 November ini.

Ditanya mengenai masa depan Fazira, Fahmi berkata beliau tidak akan menghalang kalau Fazira ingin melanjutkan pelajaran selepas berkahwin dan ia bergantung kepada kemahuan pasangannya itu.

Fazira berkata, usianya bukan penghalang menjadi dan sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.

“Kami sudah dapat restu kedua ibu bapa kami dan saya kini banyak menerima tunjuk ajar keluarga Fahmi yang sememangnya memahami kesulitan dialami saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim, Azmi Ahmad, mengesahkan waris gadis berkenaan membuat permohonan kepada Mahkamah Syariah Daerah mengikut Enakmen Keluarga Islam 2008 (Pindaan) Negeri Kedah.