Carian Di Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label MAKSIAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKSIAT. Papar semua catatan

Ahad, 9 Oktober 2011

Perompak Dirogol Perempuan - KISAH BENAR

Seorang Perompak Russia Dijadikan Hamba Seks Oleh Mangsa Rompakannya Sendiri 

MOSCOW - Hasrat seorang lelaki Russia untuk merompak sebuah salon dandanan rambut, menerima padah apabila pemiliknya, seorang wanita yang memiliki tali pinggang hitam karate, membelasahnya sehingga pengsan sebelum diikat dalam keadaan bogel dan dijadikan hamba seks selama tiga hari. Akhbar Daily Mirror melaporkan, Viktor Jasinski, 32, pergi ke salon dandanan rambut di Meshchovsk, 218 kilometer dari Moscow itu sambil membawa pistol dengan tujuan untuk merompak. Ketika cuba mendapatkan wang kutipan harian di salon terbabit pemiliknya, Olga Zajac, 28, menendang dan membelasah Jasinski sehingga pengsan. Zajac mengheret Jasinski ke sebuah bilik di belakang salon itu dan mengikatnya pada tangki menyimpan air dengan menggunakan wayar pengering rambut. Zajac bagaimanapun membebaskan Jasinski tiga hari kemudian dan mengusirnya. Jasinski pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan pada kemaluannya yang membengkak sebelum membuat laporan polis. Jasinski berkata sepanjang tempoh dikurung dia tidak diberi makan atau minuman, sebaliknya hanya dipaksa menelan pil viagra. Ketika disoal polis, Zajac mengakui mereka mengadakan hubungan seks beberapa kali tetapi menafikan tidak memberi Jasinski makan. “Dia sungguh jahat. Ya kami melakukan hubungan seks beberapa kali. Saya membelikan dia seluar jeans baru, memberi dia makanan, malah saya juga memberinya 1,000 rouble (RM150),” katanya. Beliau kemudian membogelkan Jasinski dan menjadikan lelaki itu sebagai hamba seksnya selama tiga hari dengan tujuan ‘memberi pengajaran’.

Buat seks di ladang sawah - KISAH BENAR

Ratusan warga Desa Singkil, digegarkan dengan penangkapan pasangan yang berhubungan seks di sebuah gebuk sawah desa setempat, Ahad (17/7/2011) pukul 20.00 WIB. Saat ditangkap warga desa setempat, keduanya sedang memadu kasih dan tanpa mengenakan sehelai benang pun di tubuhnya. Pasangan itu adalah Sug (24) warga Desa Sambilawang, Kecamatan Bungkal, Kabupaten Ponorogo dan WL (20) warga Desa Bukur, Kecamatan Jiwan, Kabupaten Madiun. Pasangan lelaki ketika ini, diketahui telah beristeri dan ditinggal isterinya menjadi Tenaga Kerja Wanita (TKW). Sedangkan pasangan perempuan, merupakan salah satu mahasiswi di salah satu perguruan tinggi di Kabupaten Ponorogo. Penangkapan pasangan itu, bermula saat pukul 18.30 WIB, kedua pasangan itu, sama-sama menunggang motornya menuju pertengahan gebuk di sawah. Warga curiga lalu mengikuti “Saat kami masuk gebuk, keduanya sudah dalam keadaan bogel. Kami pun mengamankan pakaian keduanya. Keraa kami kesal kami bawa keduanya ke balai desa,” terang Gianto, salah seorang warga kepada Surya, Ahad (17/7) malam.

Wanita Rogol 10 Lelaki - KISAH BENAR

Wanita rogol 10 lelaki Seorang perempuan muda ditangkap polis Rusia kerana meracuni dan memperkosa 10 lelaki setelah lebih dulu memancing mereka dengan kecantikannya. Perempuan itu dikenali sebagai Valeria K berusia 32 tahun. Hobinya cukup unik, iaitu menyimpan labah-labah beracun. Oleh kerana itu, dia digelar “Black Widow”, sejenis labah-labah raksasa yang ganas terhadap lawan jenisnya. Menurut laman Life.ru, polis mulai curiga ketika jumlah pesakit lelaki dengan keluhan yang spesifik meningkat di hospital. Keluhan itu adalah keracunan klonidin dan trauma berat pada penis. Tidak banyak yang diingat para lelaki itu kecuali perempuan cantik berambut merah yang mengajak mereka minum di sebuah apartement. Menurut mereka, perempuan itu juga sangat ramah. Bagaimana akhirnya Valeria tertangkap dan mengakui perbuatannya. Namun, polis masih hairan dengan modus oprandi perkosaan itu. Dalam pengakuannya, Valeria mengaku bahawa dia memang memmujuk mangsanya itu ke apartementnya. Di sana mereka minum-minum dan tentu saja para lelaki itu menginginkan hubungan seks. Kemudian minuman mangsanya dicampur dengan klonidin yang membuat mereka pengsan selama 24 jam. Namun, sebelum itu, penis para lelaki yang sudah terangsang itu diikat pangkalnya. Tujuannya agar boleh tegak berjam-jam. Pada ketika itulah mereka diperkosa. Setelah itu, mangsa dibuang di sebuah kawasan sepi dan ketika sedar mereka sudah tidak ingat apa-apa. Perkara terakhir yang boleh mereka ingat adalah bertemu seorang perempuan cantik, selebihnya gelap. Dari 10 lelaki yang diperkosa, hanya satu yang tidak membuat laporan. Ternyata, lelaki yang tidak disebutkan namanya itu tidak merasa rugi akibat perkosaan itu. ”Saya memang suka wanita seksi. Yang saya sayangkan cuma dia menggunakan klonidin,” katanya - Sumber : Malaysia Sensasi

Jumaat, 26 Ogos 2011

5 SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT DALAM ISLAM

5 SYARAT MELAKUKAN MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

Allahu a’lam bisshawab.

Isnin, 15 Ogos 2011

HALAL ZINA? - HINDARI MAKSIAT

Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul.

Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya.Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti...

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.