Carian Di Blog Ini

Ahad, 20 Mac 2011

Semakan keputusan kemasukan matrikulasi KPM sessi 2011 melalui online, SMS dan talian bantuan

Semakan keputusan kemasukan matrikulasi KPM sessi 2011 melalui online, SMS dan talian bantuan 

Keputusan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh disemak mulai Khamis ini 28/4/2011. 

Kementerian berkenaan dalam kenyataan hari ini berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan pada 10 Julai hingga 10 Okt tahun lepas boleh membuat semakan itu menerusi laman web KPM di alamat www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan. 

Mereka juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat SMS dengan menaip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888. 

Selain itu, keputusan kemasukan ke matrikulasi itu juga boleh disemak dengan menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. – Bernama