Maher Zain tak cari populariti
DIA adalah artis Sweden keturunan Lubnan yang berpotensi untuk ‘meledak’ dalam industri muzik New York tetapi enggan mengambil peluang itu kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Lagunya menjadi nada dering popular di kalangan remaja Islam, khususnya di Asia Barat dan dia kini menjadi artis kesayangan baru Awakening Records, bekerjasama dengan pengarah terkenal Britain, Mike Harris. Ketika ditemuramah di La Taverna Cafe di Kaherah, Maher Zain menjawab pelbagai soalan, termasuk perjuangan peribadinya sebagai muslim Barat dan album barunya, ‘Thank You Allah.’
Bagaimana seorang Jurutera Penerbangan boleh menjadi penyanyi?
“Mudah. Saya sejak dulu menjadi ahli muzik. Muzik adalah kehidupan saya sejak kecil. Bapa saya, Mustafa Zain adalah penyanyi ketika kami masih tinggal di Lubnan. Saya membesar dengan muzik. Pada mulanya ia hanya satu hobi dan saya tidak pernah serius untuk menjadi penyanyi walaupun begitu meminati bidang itu. Selepas menamatkan sekolah menengah, kami berpindah ke Stockholm apabila perang meletus di Lubnan. “Saya bersahabat baik dengan seorang remaja. Kami bertemu setiap hujung minggu dan dia menggalakkan saya melanjutkan pelajaran dalam Kejuruteraan Penerbangan. Ketika belajar, rakan saya semakin ramai dan kami sering berkumpul untuk bermain muzik. Mulanya kami mencipta melodi menerusi komputer kemudian kami menyanyi dan membuat persembahan termasuk rap.
Menerusi rakan anda, anda mengenali penerbit RedOne. Adakah dia yang mendorong anda?
Pendorong saya sebenarnya ialah bapa saya. Red hanya muncul selepas itu dan menggalakkan saya membabitkan diri secara serius dalam bidang nyanyian. Apabila kami mula merakamkan lagi bersama di Sweden, dia mengesyorkan saya ke New York dan memulakan karier saya di sana.
Anda dipetik berulang kali sebagai berkata, anda merasakan sesuatu tidak kena ketika berada di New York. Apa maksud anda?
Saya meminati muzik. Saya teruja dengan rancangan untuk ke New York. Ia adalah pusat industri muzik terbesar dan saya bekerjasama dengan artis menakjubkan seperti Kat DeLuna. Saya begitu gembira dan seronok dapat merakamkan lagu di sana tetapi saya melihat betapa mudah artis dan penerbit terjerumus dalam kancah yang tidak diingini. Saya mahu menerbitkan seni kerana cinta pada seni itu sendiri. Begitu juga dengan RedOne yang bekerja begitu bersungguh-sungguh, tidak meminati video muzik serta suasana clubbing. Dia bukan gila kereta, wang atau kaki perempuan. Prestasi saya sebagai artis meningkat mendadak di New York tetapi saya terpaksa membuat pilihan, sama ada untuk bersama RedOne atau mereka yang bergelumang dengan maksiat. Saya memutuskan untuk kembali ke Sweden dan bekerjasama dengan RedOne.
Bagaimana anda terbabit dengan Awakening Records?
Takdir menentukannya. Kepulangan saya ke Sweden membawa kepada saya kembali kepada kehidupan seperti saya dididik ketika kecil, penuh spiritual hingga menyedarkan saya kepada peranan saya terhadap dunia. Saya menjalinkan hubungan dengan ‘Awakening’ hanya kira-kira setahun lalu. Saya mempunyai perasaan kebaratan tetapi dengan nilai ketimuran, sesuatu aspek sebenar yang wujud tanpa disedari di kalangan kebanyakan muslim di seluruh dunia. Hubungan saya dengan Awakening menjadi seperti abang dengan adik.
Sikap anda seolah-olah menjadi tema dalam lagu anda. Boleh anda ceritakan album terbaru anda, Thank You Allah?
Bara Kheriji, antara pengasas Awakening Records, memberikan saya lirik lagu Thank You Allah, tetapi idea itu datang daripada saya. Saya sedang memandu di Sweden satu hari dan terbayang pada diri saya betapa beruntung saya. Saya dirahmati dalam banyak perkara yang saya lakukan. Dalam hati saya tidak putus-putus mengucapkan “Alhamdulillah, Alhamdulillah.” Dan ia menjadi intipati album itu. Ia bertujuan mengingatkan orang ramai supaya melihat sekeliling, memerhatikan mencari tanda kebesaran Tuhan yang ada di sekitar mereka, seperti yang saya nyatakan dalam lagu Open Your Eyes (Buka Mata Anda).
‘Palestine Will Be Free’ menjadi nada dering ramai remaja di Asia Barat. Adakah terkandung motif politik dalam lagu itu?
Ya dan tidak. Palestin bagi saya adalah simbol salah laku dan bukan satu-satunya masalah yang melanda dunia. Begitu banyak tumpuan diberikan terhadap isu Palestin dan saya mengambil keputusan untuk menggunakannya sebagai pentas untuk menyoal diri kita mengenai ketidakadilan yang wujud, untuk memahami peranan kita dan dunia tempat kita tinggal.
Muzik anda dianggap Islamik oleh sesetengah orang tetapi dibenci oleh sebahagian yang lain kerana menganggap muzik tidak sesuai dengan kehidupan beragama.
“Saya berpendapat anda sentiasa akan berdepan dengan cabaran. Yang penting anda ingat tujuan tindakan anda. Muzik saya bukan untuk orang Islam saja tetapi ia memang Islamik. Masalahnya ialah persepsi Islam itu sendiri. Muzik saya menunjukkan sikap bertolak ansur, aspek keamanan dan sayang menyanyangi antara satu sama lain. Seperti dalam lagu saya, ‘Open Your Eyes’, ia bercakap mengenai keburukan berprasangka. Ia ada nilai keislaman tetapi tidak ditujukan kepada mana-mana agama