Carian Di Blog Ini

Selasa, 27 September 2011

Larangan Melukis Gambar Haiwan

Larangan Melukis Gambar Haiwan / Membuat Gambar Makhluk Bernyawa / Makhruh Menggantungkan Loceng Pada Haiwan / Larangan Memelihara Anjing, Kecuali Untuk Digunakan Untuk Buruan, Menjaga Tanaman.


Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya orang yang membuat gambar (makhluk bernyawa)  pada hari kiamat kelak akan diseksa. Kepada mereka katakan : "Hidupkanlah gambar-gambar yang telah kamu buat itu."

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha., ia berkata :

Maksudnya : "Suatu hari Rasulullah S.A.W pulang dari musafir, sementara aku telah menutup jendela rumahnya dengan langsir yang padanya terdapat gambar ( makhluk bernyawa ). Ketika melihat langsir tersebut, rona wajah baginda berubah. Baginda lalu bersabda : "Wahai Aisyah, orang yang paling berat seksanya pada hari kiamat kelak di sisi Allah adalah orang yang membuat sesuatu yang menyerupai makhluk Allah.' Aku pun memotong kain tersebut, lalu jadikan satu atau dua biji bantal."

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata :

Maksudnya : "Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'Setiap pelukis gambar akan masuk neraja dan setiap gambar yang dibuatnya akan diberi nyawa, lalu menyeksanya di dalam neraka Jahanam.' Ibn Abbas berkata : "Jika engau terpaksa membuat gambar, maka lukislah gambar pohon atau sesuatu yang tidak bernyawa."

Al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas r.a, beliau berkata :

Maksudnya : "Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'Sesiapa yang di dunia melukis gambar (makhluk bernyawa), maka pada hari kiamat akan dibebani untuk meniuapkan nyawa ke dalam gambar tersebut, padahal dia memang tidak mampu meniupkan nyawa ke dalamnya.'"

Al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas'ud r.a, beliau berkata :

Maksudnya : "Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'Sesungguhnya orang paling berat seksanya pada hari kiamat kelak adalah para pelukis gambar ( makhluk bernyawa )."

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata :

Maksudnya : "Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'Allah Taala berfirman yang bermaksud : 'Tidak ada orang yang berlaku zalim daripada orang yang membuat sesuatu yang menyerupai ( makhluk bernyawa ) ciptaan-ku. Jika memang boleh, dipersilakan mereka membuat zarrah, dipersilakan membuat bebijian ( yang boleh tumbuh ) dan dipersilakan membuat biji gandum yang ( boleh di makan ).'"

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Thalhah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : "Malaikat ( pembawa rahmat ) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar (makhluk bernyawa)."

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a, beliau berkata :

Maksudnya : "Suatu ketika malaikat Jibrail berjanji kepada Rasulullah S.A.W untuk bertemu baginda. Namun ketika telah menunggu begitu lama, malaikat Jibrail belum juga datang, sehingga Baginda pun merasa gelisah. Akhirnya, baginda keluar rumah dan ternyata Jibrail pun menemui baginda. Jibrail berkata : 'Sesungguhnya kami, para malaikat, tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan gambar ( makhluk bernyawa ).'"

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata :

Maksudnya : "Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'Sesiapa memelihara gambar anjing melainkan anjing untuk berburu dan anjing penunjuk jalan, maka pahalanya akan dikurangkan dua qirath setiap harinya."

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata :

Maksudnya : "Rasullulah S.A.W bersabda : "Malaikat pembawa rahmat tidak akan menyertai kumpulan di dalamnya terdapat anjing dan loceng."


Sumber : Riyadhus Solihin ( Imam Nawawi )