Carian Di Blog Ini

Selasa, 4 Oktober 2011

Petua Hilangkan Rasa Sedih

1.  Amalkan tasbih, tahmid dan takbir. Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada anaknya Siti Fatimah.
2. Berdoa – Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
3. Sibukan diri dengan sesuatu – Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan  pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
4. Luahkan perasaan anda – Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya  (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis dairi atau catatan harian, menulis blog dan  sebagainya.
5. Senyum – Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah di hadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.