Pilihan 1: Jaring – Sering di pasang pada pokok dan bahagian atas bangunan. Terdapat pelbagai jenis jaring yang terdapat di pasaran.
Pilihan 2: Gel – Gel disapu pada tempat yang selalu
dihinggapi burung. Gel ini akan membuatkan burung merasa tidak selesa
dan tidak akan hinggap di situ lagi. Kelemahannya, gel akan memerangkap
segala habuk dan sampah membuatkan kawasan yang disapu gel menjadi
kotor.
Pilihan 3: Patung Haiwan Pemangsa – Patung yang sering digunakan ialah patung musang, burung hantu, helang anjing dan buaya.
Pilihan 4: Bahan Kimia dan Semburan – Cecair kimia
disembur pada buah, pokok atau hasil tanaman. Bahan kimia akan
mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan akan membuatkan rasa hasil
tanaman tidak disukai oleh burung.
Pilihan 5: Lampu strobe dan Sinaran Laser – Lampu strobe mengeluarkan cahaya terang yang berselang-seli dengan warna tertentu. Pencahayaan dari lampu strobe
dan sinaran laser akan membuatkan burung berasa terganggu dan akan
segera beredar. Sesuai dipasang di tempat-tempat yang gelap dan kelam.
Pilihan 6: Alat Sonik – Alat ini mengeluarkan
menakutkan burung dengan mengeluarkan bunyi haiwan pemangsa (seperti
suara burung helang atau anjing) ataupun bunyi suara burung yang sedang
ketakutan.