Carian Di Blog Ini

Ahad, 2 Oktober 2011

Petua Untuk Memiliki Bentuk Badan Menawan

1.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya bagi mengekalkan sumber tenaga. Jangan terikat dengan sesetengah jenis buah atau sayur bahkan jika boleh, pelbagaikan.
2. Jangan sesekali menidakkan pengambilan susu dalam diet harian. Anda disaran meminum sekurang-kurangnya 2 cawan susu tanpa lemak. Anda juga boleh menggantikannya dengan yogurt atau keju.
3. Tidak menjadi hal jika sesekali anda mahu menjamah snek tetapi pilihlah yang rendah lemak. Antara yang boleh dipilih ialah sandwich, bertih jagung atau pun popia basah.
4. Anda boleh makan pelbagai jenis makanan tetapi pastikan cara masakannya betul. Untuk itu, apa kata masak dengan cara memanggang, membakar atau mengukus.